Biografi Jeremy Sumpter

Hidup awal

Sumpter adalah anak kepada ke Gary Sumpter dan Sandra Johnson. Adik-beradiknya, kembarnya Jessica dan adik perempuannya Jennifer (b. 1990), juga pelakon. Dia dibesarkan di pekan kecil Mount Sterling, Kentucky, sehingga usianya sebelas tahun, sebelum berpindah ke Lexington, Kentucky, dimana dia berperagawan dan memenangi Peragawan Pra-Belasan IMTA pada 2000. Selepas itu, dia sekeluarga berpindah ke Los Angeles, tempat dia menetap kini.

Kerja

Pada Julai 2002, Sumpter, ketika berumur tiga belas tahun, telah dipilih untuk peranan Peter Pan, memecahkan tradisi lama wanita-wanita muda bermain untuk bahagian itu di pentas dan penyesuaian filem hidup-aksi ceritanya. Sewaktu penggambaran filem (lewat 2002), dia bertambah tinggi lapan inci (dari 5 kaki 0 in ke 5 kaki 8 in), memerlukan teknik filem dan pentas untuk menyorokkan ketinggiannya pada adegan-adegan berfilem lambat dalam penerbitan. Sumpter melakukan hampir semua babak dalam Peter Pan dengan sendiri. Untuk persediaan, dia berkata dia mengamalkan permainan pedang sebanyak lima jam sehari, juga berlatih di gimnastik dan mengangkat berat. Sementara berfilem di Australia, dia menambahkan latihannya dengan permainan kriket dan bermain luncur air. Perbelanjaan filem mencecah $140 juta pada permulaan pada Disember 2003, tetapi hasilnya kurang memuaskan, mungkin kerana laporan-laporan lebih layanan "dewasa" cerita J. M. Barrie dan saingan pecah panggung yang dari awal difikirkan menjadi milik The Lord of the Rings: The Return of the King.

Walau bagaimanapun, pendedahan positif membawanya ke peranan utama dalam Clubhouse, sebuah TV bersiri mengenai seorang remaja belasan tahun yang menyukai besbol, lakonan-bersama Dean Cain. Kemudian, Sumpter memenangi peranan utama bagi filem televisyen Lifetime Cyber Seduction: His Secret Life, bermain sebagai seorang juara perenang sekolah menengah yang ketagihan terbitan lucah internet.

Sumpter menghabiskan masa musim panas 2005 di Oregon melakukan penggambaran filem komedi The Sasquatch Dumpling Gang, yang akan ditayangkan di panggung pada 2007. Sumpter baru habis menjalani penggambaran bagi filem bebas An American Crime iaitu sebagai Coy Hubbard.

Hidup peribadi

Sumpter minat bermain luncur air, dan juga bola keranjang, futbal, besbol, bermain luncur salji, tenis, bola sepak, hiking, berenang, rollerblading, dan golf. Dia telah dipilih untuk banyak peranan olahraga, termasuk Local Boys (bermain luncur air), Peter Pan (main pedang), Clubhouse (besbol), Cyber Seduction (berenang). Pada Oktober 2005, Sumpter berjaya dalam pertandingan golf selebriti pertamanya: Pertandingan Golf Wang Eddie di California Utara. Kumpulannya memperoleh tempat ke-3 daripada 24 kumpulan.